Said bin Al-Musayyab Rahimahullah merupakan salah seorang dari
Tabiin yang berketerampilan.Menurut Imam
Dzahabi rahimahullah, beliau 2 tahun setelah kepemimpinan
Umar bin Khattab RA -yakni 15 Hijriah. Dia termasuk
ahli fiqih Madinah. Meninggal pada tahun 94 Hijriah.
[1][2]Beliau adalah seorang yang mempunyai sifat keperibadian yang sangat baik, berpuasa pada waktu siang, ber
qiamullail pada waktu malam. Beliau pun telah mengerjakan ibadat
Haji lebih dari empat puluh kali, tidak pernah ketinggalan dari takbir pertama (takbiratulihram) di dalam sembahyang selama empat puluh tahun, dan sentiasa berada di saf pertama.
[3]Said bin Al-Musayyab telah membuat keputusan untuk mengahwini anak perempuan
Abu Hurairah r.a berbanding dengan perempuan-perempuan yang lain walaupun beliau berpeluang untuk mengahwini sesiapa sahaja yang beliau ingini dari kalangan perempuan-perempuan
Quraisy. Said bin Al-Musayyab telah bernazar untuk mewakafkan dirinya kepada ilmu semenjak beliau masih kecil lagi.Said sentiasa mengunjungi
isteri-isteri Nabi s.a.w dan berjaya menimba pelbagai ilmu daripada mereka. Beliau juga pernah menimba ilmu daripada beberapa orang para sahabat di antaranya ialah
Abdullah bin Abbas,
Zaid bin Thabit,
Abdullah bin Umar,
Othman,
Ali, dan
Suhaib.